Want your
own Fotopage?













 
~~~* From My Lumix's Lens *~~~

By: Che Lee Yah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Friday, 2-May-2008 04:45 Email | Share | | Bookmark
CCM - Lata Tiga Ratus

Banyak sangat batu ni...
Opah, mlong and tokwan berehat di tebing
ceteknyer sungai ni
kenapa la sungai nie
cam tak best ajer
perghhh... rupa2nya kat atas lagi daaaa..
lastly berendam kat wading pool ajer
mana mai ayaq nie...
semacam ja kaler dia
View all 12 photos...
Masih sekitar sempena balik kampung during PRU 12 dan cuti sekolah seminggu hari tu.


Adik & kakak macam pelik dengan xtvt mandi sungai kali ini... cetek nau ayornyer..


lastly... masuk wading pool ajer...


Rupa-rupanya termandi kat tempat yang paling bawah sekali. Kat atas macam lagi happening. Tapi tak sempat nak naik dah. Hujan turun dengan lebatnya. Nasib baik sempat makan-makan.
Sungai tu macam cetek sangat. Tapi menurut kata sorang makcik yang juga membawa cucunya mandi-manda di sini, kalau hujan air naik sampai ke tebing dan memang dalam. Jangan la cuba-cuba nak mandi masa hujan, arusnya cukup kuat. Macam tak percaya je bila tengok air sungai tu masa cetek.


Pemuliharaan sedang berlangsung

Lata ini terletak dalam kawasan Bandar Baharu, negeri Kedah. Walaupun tampuk pemerintahan bertukar, harapnya proses pembangunan dan pemuliharaannya akan tetap diteruskan. Nanti bila balik kampung lagi, InsyaAllah akan ke sini again...

ko pangkah DAP ker weh Sun 4-May-2008 01:13
Posted by:unnamed  - [Link]
u've been tag, check my blog, padan muka and good luck!

uih bertubi2 entries ni!
Sun 4-May-2008 07:21
Posted by:azlie  - [Link]
happening jer tengok budak tu mandi..heheh..

http://bakedecorate2u.blogspot.com
Wed 7-May-2008 09:12
Posted by:rani  - [Link]
Add comment


Friday, 2-May-2008 04:01 Email | Share | | Bookmark
Milik siapakah kucing ini ?

Apa tengok-tengok
Aleeya memang suka bab2 dukung pets ni
Malu-malu cat
hehehehehe... gila mengupload gambar. Boring sebab aku keseorangan hari ini. Kak Ita balik kampung, menyambung cuti sempena Labor Day semalam. Prakash pun 'balik kg' ke Langkawi. Thong pulak katanya balik sekejap nak ambik cheque book. Aku wonder iye ke nak ambik cheque book ? Or sebenarnya nak berhibernasi dalam sauna set barunya ittew ?
Standard la Thong tu, every friday dia akan jadi Abdullah Thong sekejap.... hampehhhhh....

errr... sebenarnya nak tauk gambor kucing nie. Datang rumah sehari sebelum hari mengundi. Tidur semalam kat rumah. Then bila kami balik dari kampung, tengok dia dah tak ada. Mungkin dah balik ke rumah tuannya semula. Worse case, dimakan anjing atau kena gelek dengan tayar...


Mata hijau you....

Tapi dia cute sangat. Nak ambik bela, takut orang punya. Lagipun manakan nak letak dia bersama-sama rabbits yang masa tu ada 3 ekor. But then, dia memang tak pandai makan nasik. Tengok dari bulunya, I think he was pampered and adored by whiskas or any special cat's food yang seangkatan dengannya. Kiranya kalau ambik bela, mungkin dia harmless to the rabbits nan bertiga. But then sapa larat nak sponsor makan dia yang begitu ?

Masa nak balik kampung tu, dalam hati berkata... seandainya hang masih ada di rumah masa kami balik nanti, mungkin hang akan kami bela....
Tapi bila balik dari kampung, he's gone already....

Care to comment?


Friday, 2-May-2008 03:11 Email | Share | | Bookmark
Balik kampung sempena PRU 12

Kepulanganku disambut hujan lebat
PACA kulaan saluran 3
Tempat mengundi
View all 7 photos...
Entry yang mungkin sudah basi... tapi masih juga ingin kuabadikan di sini...
Mungkinkah ini kali terakhir aku mengundi di sini ?
Kalau ikutkan hati, memang belum terbuka hati untuk mengundi di tempat aku bermastautin sekarang. Wait and see 5 tahun lagi.

Bertolak dari SU pukul 10.30 pagi dan setelah berhenti beberapa kali akhirnya sampai di PB sekitar 3.30 petang. Lagi 1 1/2 jam pusat mengundi akan ditutup. Memang dah tak ada orang pun. So cepat jer selesai urusan. Suasana memang mendung dan tak panas langsung. Rupanya 'menangisi' tumbangnya Kerajaan Be End di negeri kelahiranku ini sama seperti negeri tempat pemastautinanku.
This is also from N73. Harus kena tukar title photo blog ini.


sebasi-basi entry ni... nampak jugak wajah yang dikenali.. huks.. sungguh tak sangka Fri 2-May-2008 08:33
Posted by:suealeen  - [Link]
Add comment


Thursday, 10-Apr-2008 04:41 Email | Share | | Bookmark
Utih kutih nan seekor...

Utih kutih cute
Kenangan menikmati lunch di RnR Tapah bersama
Che Tam pergi, tinggal che pok & che tih ajer...
View all 6 photos...

~Gambar diambil dengan menggunakan N73 sahaja. Tapi rasanya kualiti dia sama je dengan Lumix. Sesama 3.2 megapixel.~

Rentetan kisah rabbitku sayang...

Keteringinan untuk membela arnab memang dah lama dfikirkan. In fact dibincangkan dengan aktifnya di SU.NET. Antara perundingcara yang memberi nasihat dan pandangan, SueA yang memang pernah terlibat dalam penternakan arnab ini. Tak lupa juga nasihat dari kak KC yang meragui "tangan sejukku" ini. Telahan kak KC betul. Aku mungkin jadi pembunuh lagi....


Lunch bersama-sama @ RnR Tapah.

Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... 2 rabbits dah kembali kerahmatullah. Hasil diagnosis, bukan autopsy ya (next time hantar kat pakngah or ciklielin utk autopsy, can ? ) kematian adalah disebabkan kesejukan kerana telah dimandikan. Uhuks...
Menurut opismate CikPah, if perlu, just wipe tempat yang kotor dengan damp cloth only.. tak bleh basah kucup lencun segala. Wa put chi tow....

Che Tam mati kat kampung. Masa bawak balik dorang bersama-sama utk mengundi tempohari. Pagi mandikan dia sebab kepala dia kena kencing dengan che tih. So sebab takut berbau, beria-ia mandikan dia sampai lokoih. Then petang tu hujan (kitaorg tak der kat rumah sebab gi Hosp Taiping visit maksu warded due to infection), mungkin over sejuk, dia meninggal. Sampai rumah pukul 12 lebih tengok2 che tam dah terbaring dengan kakinya berlumuran najis. Betul kata jforeh@su.net. Rabbit sensitif... ceret beret then mati... huwaaaaaaaaaaaa.....


Sekor mati, tinggal 2

Balik TP bertiga... balik SU semula tinggal 2 ekor. Pehtu on 15 Mac 2008, lepaskan che pok & utihkutih ke laman. Dorang nie memang suka bangat kalau dilepaskan kat laman. Arwah tam dulu kalau dapat tanah punya la terloncat2 cam tak besa jumpa tanah. Pehtu kalau nak tangkap balik jenuh la pulak.
Udah main2 kat luar tu kotor lah pulak... so sekali lagi kasi mandi. 16 Mac, dalam pukul 1 camgitu, Ika called bagitau kata che pok dah tak der....
Aku insaf. I won't do it again. Aku takkan mandikan yang only utihkutih cute yang tinggal ini. Sebenarnya penjual tu dah pesan jangan mandikan dulu tapi aku ingat dah boleh dimandikan since dah almost sebulan bela dorang nie.

So sekarang tinggalkan che tih sorang yang kini sedap dipanggil utihkutih..
Utihkutih survive mungkin sebab dia bigger size and boleh menanggung kesejukan akibat dimandikan itu. Kini keletah dia jadi penyejuk hati. Rasa terhibur dengan gelagat dia. Dia pun dah berjaya dalam proses toilet training. Kalau dilepaskan dalam rumah, dia akan kembali ke kawasan yang dibenarkan untuk membuang... cuma tak dengaq kata lagi org kata dalam cage !!!

Aku paling suka tengok keletah dia basuh muka dan basuh tinger. Cute sangat. Berdiri dengan 2 kaki. Lari... lari... sampai penat... then tertiba terjelepuk dengan kaki kebelakang... cute sesangat...


Utihkutih cute

Hajat hati nak beri dia kawan baru tapi setiap kali lalu kedai pets tu, sangkar tu masih kosong. Kalau berisi pun, hanyalah ayam serama.

Sabar ya utih kutih... nanti kami carikan pasangan awak yea....


Quote:
Amrani, Am or Rani ? Hari tu Rani datang belajor cuppies deco kat rumah Lynn ada ikut ka? Next time mai, singgah rumah kak awa ek ? Bleh main ngan labit comey ini...
Contact no hang valid lagi ka ? Awat antaq SMS tak balaih-balaih? Kunon sibuk la tu ek ?


Nash, Yup... betoi tuh.. banyak makan utihkutih nie. Semua dia belasah, kek, nasik, gulai pun belasah jugak. Tapi katanya arnab tak boleh makan coklat, nanti ceret beret boleh mati. Thanks atas kunjungan..

aik...teringat dulu bela rabbit...makan byk...hehe...dedak la...n cepat betul dpt anak..almost tiap bulan... Thu 17-Apr-2008 04:28
Posted by:nash nzainal@hotmail.com  - [Link]
Inginkan anak-anak bijak membaca kunjungi...........http://adikbijak..com/ref.plx?MJ00534 Sun 20-Apr-2008 03:11
Posted by:syarifah
teringatnya masa bela arnab dulu.. arnab kami berpuluh ekor. asalnya beli 2 ekor ja kat pekan TP. beli tepi jalan. kami tak pernah mandikan langsung, sentuh kadang2. tapi kalau time dia deliver tu, kena tunggu sebab dia spesis telan anak hidup2. so kena pisahkan.. arnab paling comel masa umur 2 minggu. telinga pun pendek je.. cute sangat Thu 24-Apr-2008 16:24
Posted by:suealeen
View all 4 comments Add comment


Monday, 7-Apr-2008 15:42 Email | Share | | Bookmark
Yang mana satu ?


Untuk diteruskan talian hayatnya ?
blogspot atau blogdrive atau di sini ?

Orang berblog aku pun nak berblog, orang berfotopages aku pun ikut jugak. Masa tak berapa nak ada. Belum campur dengan multiply... hi5... yahoo 360..segala... iskkk.. Semuanya bagaikan hidup segan mati tak mahu...




Quote:
Kema, ko betul... itulah yang paling best

SueEla, blog komer dah kukuh nowadays. Keep it up !

Azlie, ramai gak soh join facebook ni, tp rasanya tak mo dah menambah. Yg ada ni pun dah tak terjaga...hehehe...tp tatau la satu hr nanti kut2 terjoin gak

oloh semua tak payah cikliah tido lagi bagus....huhuhuhuh Wed 9-Apr-2008 13:58
Posted by:unnamed  - [Link]
saya pun macam akak ler.. so far FS hidup lagi, blog aktif.. fotopages dah terkubur sebab lembab semacam je.. yang lain tu tak masuk... Wed 9-Apr-2008 14:13
Posted by:Ela  - [Link]
satu lagi kak awa...facebook! join lerrrr...... Fri 11-Apr-2008 12:29
Posted by:azlie  - [Link]
Add comment


Thursday, 27-Mar-2008 16:21 Email | Share | | Bookmark
Mari bertani

 
 
 
View all 5 photos...
Quote:
Kak KC, nampaknya si Ganal(kakak) tu boleh ikut jejak langkah saya bab2 bertani nie. Menjadi gak tanaman dia..

bagus...sah-sah dah boleh jadik petani moden Tue 1-Apr-2008 02:04
Posted by:KC
Add comment


Wednesday, 26-Mar-2008 15:34 Email | Share | | Bookmark
CCM Kalumpang & kawasan yang sewaktu dengannya

KRTC
Deburan air yang menerjuni batuan
itik-itik
View all 13 photos...
Lagi siaran tertunda.




Nak promote percutian bajet dalam negeri yang boleh dikatakan dekat juga dengan SU.
Kalumpang, Kuala Kubu Baru. Kira kawasan hulu selangor gitu. Kalau dari highway plus, exit yang paling senang Tanjung Malim.

Ianya kategori anak sungai bukan air terjun. Ada chalet penginapan dan asrama juga sesuai untuk family gathering or training.

Kitaorang tumpang tidor kat chalet jenis tekukur. Last minutenyer citer, itu jek yang tinggal. Malam pegi merayau ke Tanjung Malim. Pusing2 cari Mcd tak dak. Konpiden bangat ada demek kat situ sebab ada nampak outlet KFC. Rupanya tak der..
Offer bebudak nie makan burger biasa jek la. Dah round 2, 3 kali punya pusing baru dapat beli berhampiran dengan UPSI.
After makan, pegi round2 pulak kat Proton City. Tak ada apa yang best pun. Udah malam kan... nampak rumah2 jek la & tasik.

Pagi esoknya after breakfast roti yang dikongsi bersama dengan dogs (dari semalam dok salak kitaorng, kasik food tros jadi kawan ) kat tanah sebelah tu, pegi mandi sungai lagi. Ayah Faizi pegi deal dengan orang yang boleh bawak pegi mandi hot spring kat lembah bukit sebelah sana. Driver 4WD tu bawak kitaorg naik keyta dia cam nak pengsan pon ada. Terantuk berapa banyak kali. Mangsa yang paling teruk C haloi la sebab besi pengadang tu betul2 dekat dahi dia. Kita pun berapa kali terkilas tangan menahan akibat dari aksi2 ngeri kenderaan pacuan 4 roda tuh. Kata dia ini pun dia dah cukup slow dah. Kalau ikutkan yang sebenor2nyer dia redah ala2 terobang jek...


Best gak berendam kat kolam ayor paneh tuh. Pstttt sebenornyer itu pengalaman pertama kiter gi berendam kat mata air panas tuh. Bau sulfurnya ada tapi tak berapa kuat. Ala2 telur kemuruk ada laaa....


OTW back to SU, kitaorg singgah di empangan SPLASH. Lokasi on the way nak ke Fraser's Hill. Hari tu masa gi Fraser's Hill dah nampak empangan nie... but since masa naik dah malam & masa turun subuh2 sepie tak dayo la nak singgah. Best la kawasan tu. Kuat betul anginnya. Sempat gak la budak 2 orang tu buat video clip ala-ala High School Musical... . Perasan le kejap jadi Grabella (Gabriella) dok nyanyi You are the music in me dengan rambut yang terbuai2 ditiup angin.



Pehtu try cari Orchid Park yang kat Serendah tuh. Katanya International Park tapi bila sampai kat depan pintu pagarnya cam haunted jek kawasan tuh. Asked around pun orang situ tak tau per citer... hampehhhhhh......


Quote:
Kak ketum, bunyik macam best Orchid Park tu. Masih wujud ek? Nak kena cari lagi nie...

Kema, best. Try la pi situ.

Azlie, syhhhh.... itu hasil shooting dari cameraman yang katanya professional... bukan amatur cam kak awa nie... but then it is still from my lumix's lens.....

kalau tak iyer iyer jalan masuk ke Orchid Park tu pun kan tak jumpa...dr jalan besar mmg tak der signboard langsung. Seram gak naik kat atas nuu sbb ala2 dah sesat tapi end up sampai gak.. mmg tak der orang kat situ xcept pekerja2 nursery jer.. tp best kalau dpt naik tower dia...makan2 kat situ, angin kuat. Thu 27-Mar-2008 02:34
Posted by:cik ketumbar
wah cik liah mencabar betul percutian ko x nih.............wa selut beb Thu 27-Mar-2008 21:52
Posted by:unnamed  - [Link]
gambar waterfall cukup anggun! Sat 29-Mar-2008 13:04
Posted by:azlie  - [Link]
Add comment


Saturday, 23-Feb-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Perkara baru

utih & itam
pok, tih & tam
tinggai yang coklats kat kedai
View all 5 photos...
After thousands discussions, gedebak gedebuk... akhirnya Ayah Faizi benarkan kami membela arnab. Phewwwwwwwwwwwwwwwww.... jenuh gak nak bagi dia redha ngan minat kami 3 beranak nie...

Dengan berbekal info dari Kak CtOKB di SUDOTNET, kami pun meninjau2 di PetShop Paya Jaras lepas antor bibik balik rumah pak angkat dia kat Kg Pandan. Tatkala melihat ajer webbit2 kat situ maka terloncat la di haloi dan si ganal... tergedik kemain lagi, tak sesabor nak memilik webbit tersebut. Aiseh... wa pigi itu kedai, dengan purse yang tak kembong langsung. Almaklom ler ujung bulan yang lom gaji. Udah le baru jek swipe CC tuk bayar service myvi burukku itu 7 gatus lebey kena katok sebab tukor lagi 2 bijik tayar.

Si aleeya dah memulakan lakonan memberontaknya bila diberitahu, kita balik dulu, minggu depan kita datang lagi after gaji (alasan biasa tuk pujuk anak2 )
Tak makan pujuk, kay ler... pinjam duit korang dulu tuk beli rabbit. Boleh ? Tapi kena la balik dulu....

Then after maghrib, setelah amik wit dari tabung dorang ( ) belarak la kami lagi pi ke Petshop tuh. Lupa kata Pasar Malam kat PJ. Per lagas jam ya amat... so buat u turn kat masjid tu then terus susur kat tepi jalan sampai le ke kedai tuh. Akibatnya lebur RM120 utk mendapatkan 3 ekor rabbit, cage dan makanan yang berbentuk pallet ittew.


~~~Ini entry lama... ada cerita lebih mensadiskan selepas ittew..

wah cangih2 hehe nanti boleh pi main arnab rumah u all... Thu 20-Mar-2008 15:48
Posted by:azlie  - [Link]
Add comment


Sunday, 17-Feb-2008 08:15 Email | Share | | Bookmark
Main Masak-masak - Marble Cake Mamafami

Resepi dari MamaFami
Before bake
After bake. Pecah kat tengah
View all 6 photos...
Che rasa la kitchen scale che tu dah kongkang laaaa.... gamaknya since Aleeya dok usung merata dok main timbang2 barang mainan dia, penimbang tu dah gelong. So, kesimpulannya kalau nak wat kek kena cari resepi yang pakai cup2 nie ajer...

Kek nie sedap rasanya (kata anak che laa... , bodek ibu... jgn tak bodek...) cuma tak elok rupanya. Pecah kat tengah
Faktor kitchen scale kah ? Atau faktor oven kah ?
Nanti test buat lagi resepi yang sama; bakar dengan oven Pensonic 17L tuh.

Nak pektis kelas deco cikgu Lynn pun tak sempat... pinis...

ala, org yg biz kek pun kadang2 merekah tengah, sbb nanti kami trim balik...macam lynn, lynn bake, alas dgn tray, sbb x nak kek kering , nak dekat 25 min timer siap, lynn keluarkan tray tu, nanti kek masak atas dan dlm...ada org yg bake ikut suhu dan masa dlm resepi,kek merekah, tapi dlm x masak2... sebenarnya oven masing2 x sama..., try and error mula2 tu mmg bisa, sbb nak serasikan oven kita....dah buat marble kek, balance sikit2, masuk ajer dlm paper cup, jadi ler cupcakes, abb apa ajer kak butter boleh jadi cc Mon 10-Mar-2008 02:34
Posted by:lynnhassan lynnhassan@yahoo.com  - [Link]
woo hoo hoo Tue 18-Mar-2008 01:15
Posted by:KC
waaaww...bilaa leh dapat merasa nih... Sat 22-Mar-2008 03:25
Posted by:marida maridaalias@yahoo.com  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Friday, 1-Feb-2008 05:43 Email | Share | | Bookmark
Mengimbas kenangan lalu

 
lady bird
 
View all 10 photos...
Pertama kali teruja dengan cup cakes.
Bila ek demam cup cake nie melanda? Tak ingat pulak. Tapi selalu jugak pegi menyebok kat FnR kat forum cari, bila org bersembang tentang cake deco. Then come accross website Vanilla Pod ada offer cup cakes jugak.
Dulu, selalu order kek dari Irma untuk kek birthday bebudak ni if buat kat taska dorang kat Jalan Wickham tuh. So senang Irma nak deliver ke Taska Petronas.
Now, jiran dekat ada, dah lama tak contact Irma, Vanilla Pod

Ini cuppies yang telah ditempah buat kali pertamanya dari Vanilla Pod; menyelit tempahan kek birthday Aleeya sejurus sebelum Taska Petronas tutup kedai.

Sedap kek dia, dan icing dia pun sedap.


Ini pun tempah dari Vanilla Pod.

Kek bodek untuk VSS hari tu... tapi tak laku


Aleeya's B'day Cake

so? bila sindri punya cuppies nk masuk FP? takde occasion pun tak pe...buat pastu jemput we ol makan he..he... Sun 24-Feb-2008 20:34
Posted by:yatt  - [Link]
cantik sungguh hasil deco cakes dan cuppies kat sini ... sekarang ni saya oun dah dilanda demam cupcakes la pulak selepas attend kelas deco dengan lynnhassan Mon 25-Feb-2008 15:55
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
Koleksi
Mutiara
Kristal
Chiffon
Sutera China

Jenguk2lah http://dayangku-maskona.fotopages.com
Tue 1-Apr-2008 08:09
Posted by:reena miss_dieyoung@hotmail.com
View all 6 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
;

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.